WELCOME

...inilah kehidupan

Wednesday, June 5, 2013

Dedikasi Untuk Anak Abah


Sharifuz Zulfadli....
pelik skit namanya...
tak pernah ada kenalan nama sharifuz ni
tapi sekarang dah ada...
2 tahun kenal dia
tp sesi pengajian akan datang
dia dah jauh
jauh mana?
jauh lah gak...

setiap hari dengan dia
lawak dia
mengarut dia
mesti aku rindu nanti...

dialah GPS aku secara tak langsung
tunjukan aku yang buta jalan ni
tapi...
dia pergi jauh dari aku
bukan dia tak suka aku (agaknyalah)
tapi dia anak yang baik
dia kena jaga Abi
tak pe...aku rela lah

hari-hari tanpa zul...
abah tak boleh nak bayangkan lagi lah zul...
malam-malam g mamak tanpa zul
abah belum mampu gambarkan lagi
walaupun zul kata...
"ramai lagi anak2 abah ada"
tapi..pergi sorang
anak xde pengganti
abah hilang anak abah....
susah gak tu...

zul anak yang baik...
jaga abi baik2 ye...
jangan lupakan abah, airil dan kwn2 kat ibu zain ni...
ada masa dtg jmpa kami ye...
kita g Malis Corner...
sama mcm dulu2 ye...

dan kalau abah yang pergi plak
hmmm...abah xrela anak2 abah
lupakan abah...

Tuesday, May 28, 2013

seandainyaaa....

aritu kami gaduh besar...hmmm...masa tu aku pasrah dah..kalau xde...xde lah...kalau pergi...pergilah... bukan aku x kisah...bukan juga aku x sayang...tp apalah salahnya kalau dengan cara begitu dia mampu bahagia... senyuman dia...senyuman aku... hahaha...tp dia xpernah menangis untuk aku pun...hahahha... sebenarnya setiap hari aku cuba baiki diri...aku cuba untuk puaskan hati dia... tapi aku xboleh lah lawan perasaan cemburu ni...susah sangat... kalau istilah bercinta...aku paling setia...hahahha....

Semakin lama, aku semakin sayang dia... dia segalanya untuk aku.... tapi aku xnk kongsi dengan orang lain... susah sangat untuk aku buat macam tu... tapi seandainya dia mahu pergi...pergilah dia...aku benarkan... sbb aku pernah kata aku mungkin kehilangan dia...tp dia takkan kehilangan aku... lama mana dia pergi, jauh mana dia pergi kalau dia kembali aku akan terima dia seperti mana 4 tahun dulu...

Sunday, May 12, 2013

MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-17

10 Mei 2013 - MATK-17 berlangsung dengan meriahnya, tak tergambar seronok dan penatnya, tp Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik, sedikit-sedikit berlaku juga kekurangan dan kesilapan, tetapi tak pe semuanya In Shaa Allah menjadi pelajaran kepada adik-adik aku yang sama-sama bertungkus-lumus dalam menjayakan dinner tu...


terima kasih x terhingga pada semua yang membantu menjayakan dinner ni...terutama untuk AJK2 yang sangat komited dalam menjalankan tugas...jasa kalian Allah jua yang mampu membalasnya....

Wednesday, January 30, 2013

kisah orang beruntung dan orang bodoh

: :kisah orang beruntung : :

ada kisah orang beruntung, lama dulu awal perkenalan, segalanya indah mahu jadi saudara yang baik.... semuanya berjalan dengan baik, tapi rupanya panas yang disangka hingga ke petang rupanya tak kekal lama, hujan turun ditengahari.... tapi seteruk mana pun, keadaan kembali ok, pasti gaduh lagi, ok semula, gaduh lagi... beruntung sebab kenal dia.... beruntung orang lain sebab dia selalu jaga hati orang lain tapi tidak aku... beruntung orang lain sebab dia akan dahulukan orang lain dulu sblm aku... beruntung orang lain sebab dia akan jumpa orang yg dia suka hari2 dan ia bukan aku.... beruntungnya orang-orang itu... sedang aku terus juga menyayangi dan mengasihinya sepenuh hati.... bak kata orang sekarang untunglahh.... selama perkenalan itu, aku ukirkan sebuah hati batu supaya ia tidak mudah pecah, tidak mudah cair, tidak mudah mengalah dengan hidup.... ada orang tnya... perlu ke ada dia....ye sbb aku tak nak dia tersingkir....orang lain kawan dengan dia sbb nak gunakan dia, bila tak perlu orang campak dia sesuka hati....tapi dia tak nampak...sbb siapalah aku... aku x berserah dan patah hati...aku kuat menghadapi semua yang berlaku dan akan berlaku... dalam usia yang semakin meningkat aku perlukan ketenangan dan keredhaan...bukan kesedihan dan sakit hati....dan masanya akan tiba... sakitnya sudah pasti...dan aku dah sedia hadapi...act like a man! hahaha... beruntung juga aku sebab aku berjaya menunaikan janji padanya...dalam pada itu hampir aku pegang 2 sarjana dalam tempoh 4 tahun ini....hahaha... alhamdulillah...dalam kepayahan aku diberi peluang dan harapan....dalam tempoh ini juga aku beruntung mengenal mereka2 yang dekaaattt dihati...kali ini bukan aku yang meminta untuk tidak ditinggalkan tapi mereka dtg dan minta supaya aku tidak mengeluarkan mereka dari hidup aku... Allah maha adil.... seblah sayang...sebelah lagi juga sayang... tp kena fikir untuk diri sendiri juga.... kasih sayang ni magic! alhamdulillah Allah memberi aku peluang untuk merasai keindahan dan kesakitan....

to be continued......

Sunday, December 30, 2012

Bye 2012....Welcome 2013


Assalamualaikum....
sebelum menjelang tahun baru ni rasanya mahu aku coretkan kenangan pahit manis sepanjang 2012, beberapa hari lagi 2012 akan melabuhkan tirainya...dan mentari 2013 akan mula menunjukan diri, bersediakan aku menghadapi tahun baru ini? hmmm.... In Shaa Allah... sebagaimana aku tabah menempuh 2012 begitu juga dengan tahun baru ini....

AZAM?!

hmmm.... 2012 punya azam pun aku dah lupa...so azam aku 2013 nk ingat semula azam 2012 yang aku x ingat satu apa pun...hahaha... setiap tahun aku pasti ramai antara kita yang akan mula mencipta azam tahun baru, tp berapa peratus pulak yang akan merealisasikan azam yang dicipta dengan tabah dan confident? dan aku adalah salah seorang manusia yang tidak pernah menunaikan azam...hahaha... tapi 2013 ni umur aku naik 1 tahun lagi.... 28 tahun...arrgghhh tuanya....pttlah kot...dah ada anak...hahaha... dan aku berazam untuk jadi ayah yang baik untuk Muzz Haqeemi Syaqiq... Buah hati aku sekarang... dan 2013 ni juga aku akan menamatkan pengajian sarjana aku...dan mungkinkah 2013 adalah tahun terakhir aku di UKM? hmmm... sedih nak fikir... lupakan lah kejap...hehe... kalau jadi betul...terima jelah hakikat, dan aku kena yakin satu hari nanti aku akan tetap tinggalkan tempat ni... ada jugak plan nk sambung PhD...wow!! mampu ke? Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Bermakna! cewahhh!!! hehehe..tp itulah sumber kekuatan aku dari dulu sampai sekarang....tu je kot untuk sekarang ni yang aku terfikir...

DOA DAN HARAPAN?!

Sama macam orang lain jugaklah....aku juga ada impian, nk berjaya nk kahwin....hahaha... harapan aku tak setinggi mana, apa yang aku harapkan adalah semua orang yang berada disekeliling aku happy dan gembira ada dengan aku... aku putus harapan? tak lah...aku ada impian cuma impian aku hadir bersama kasih sayang...hahaha...patutlah kawan-kawan aku marah bila aku selalu fikirkan orang lain...sorry beb aku dah memang sejak dulu mamcam ni...hahaha.... harapan aku semoga aku kuat dan tabah...semoga aku sentiasa bersemangat...semoga aku terus sihat...semoga aku terus boleh berbakti pada kolej dan pada semua adik2 aku...semoga mak dengan abah aku sihat, dipanjangkan usia, dan datang konvo aku masa aku dapat PhD nanti...

CABARAN?!

Huahhh~! ni paling aku tak sanggup...aku risau aku lemah sebelum tamat, aku takut aku kalah sebelum berjuang... memikirkan tanggungjawab aku untuk separuh bulan pertama 2013 aku sendiri takut...

1. Felo Penasihat untuk 3 Projek MEGA Kolej : MATK-17, FestKIB, HAM

2. Tesis Sarjana, VIVA Tesis, Tesis ditolak, Penyelia bertukar, Presentation...

3. Program2 Kelab : Kelab Fasi, Kelab Kerohanian, Kelab Siswaniaga

sikit x? hahaha.... Ya Allah, Kau Permudahkanlah urusanku Ya Allah semoga aku terus gagah berdiri dan melangkah!

ni yang aku dah nampak lah...yang mendatang2 tu aku serahkan semuanya pada Allah...dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ini....

KAHWIN? SAHABAT? ADIK2?

Entahlah...kahwin tu kalau ada jodoh pasti akan tiba masanya... teringat plak masa aku menangis masa Muzz kawin...hahaha...tp sedih kot...dia kawan, adik, yang takkan ada penggantinya.... tacink wooo!!!! sahabat2 aku ramai yang dah kawin...dah lama betul x jumpa diorang, masing2 bawak haluan hidup masing2...aku bukan lupakan korang weii...aku sayang korang...tp aku kat sini ada tanggungjawab...huhu...

adik2 merangkap anak2 aku.... Airil, Zulfadli, Amir, In, Fizi....huhu... abah doakan korang mencapai kejayaan yang gemilang...abah sayang korang...sayang sangat... kalau abah habis sem depan dan abah pindah... korang akan tetap akan jadi anak2 abah...sampai bila2...jangan lupa abah woo... mesti abah akan rindu kuar mamak dengan korang, g makan kfc, layan karenah korang yang mcm2...hahahha

Mustaqim? hmmm... dia akan tetap jadi adik aku.... walaupun aku sedang menanti pertemuan terakhir...hahaha... kisah aku dan dia, terlalu panjang nk dituliskan...hahaha.... pedih jiwa raga...

2013

aku doakan semua yang sayang aku, terus ikhlas sayang aku...

aku doakan semua yang dekat dengan aku bahagia dan gembira

aku doakan adik2 aku, anak2 aku berjaya dengan cemerlang dan gembira selalu...

aku doakan junior2 tahun 1 ibu zain thn ni terus bersama dan kukuh ukhwahnya...

aku harap aku kuat dan terus gembira.....

BYE2 2012~ WELCOME 2013 =)

Monday, November 26, 2012

BENGANG!

OWH BENGANG GILE!
Bengang betul dengan perangai seorang manusia ni
aku ingat dia akan berubah
tapi rupanya tidak
wei tolonglah kau tu perempuan perangai plak mcm ntah hape2....
sana sini post pasal tadarus lah agamalah tp perangai kau memalukan agama sendiri
kau merendahkan maruah wanita islam lain sebenarnya!
kau ingat kau kaan happy dengan semua yang buat ni?
no!! aku akan pastikan tidak berlaku...
aku akan buat kau menyesal sepanjang kehidupan ni!
yess!!! kau akan menyesal!!!
kau beruntung sebenarnya ada kawan2 yang baik
yang sudi terima perangai kau yang annoying ni
tapi kau?? tak pernah hargai...
aku rasa faktor kau kena buli masa kat sekolah dulu sbb perangai kau yang pelik dan menjengkelkan nilah!!!
ye aku pasti!!!
kau ingat dengan semua yang kau buat ni kau akan happy? dan cemerlang?
takkan!!!
wei masa eepan kau akan terus mcm nilah kau kau tak nk berubah...
aku benci kau, tapi aku nk doa gak pada Allah
supaya dia ampunkan dosa kau dan dosa aku yg sedang mencarut kau dalam hati ni!!!
aku berdoa gak supaya kau berubah sebelum terlambat.....
kalau kau xnk anak kau nnt (kalau kau kawin lah) jadi mcm kau
aku doakan gak anak2 kau ada perangai yang elok dan sopan
lambang seorang MUSLIMAH SEJATI~
kalau korang rasa aku jahat, jahatlah aku
kalau korang berada di situasi aku, aku pasti kita akan lakukan perkara yang sama!
dah lama x update, tetiba update dengan cemuhan! lantaklah!!

Tuesday, August 14, 2012

SELAMAT HARI RAYA



SALAM LEBARAN
KURANG DARI SEMINGGU SAHAJA LAGI 
AKAN MENJELMA LEBARAN DINANTI
SETELAH SEBULAN TAK SARAPAN PAGI
PAS NI BOLEH MAKAN NASI LEMAK HARI-HARI

BULAN SYAWAL BULAN MULIA
SIBUK BERKUMPUL SANAK SAUDARA
SALAH DAN SILAP KIRA HALAL JE...
BULAN GEMBIRA JANGAN SENGKETA

BALIK KAMPUNG JUMPA FAMILY
MAK DAN ABAH GIGIH MENANTI
ANAKANDA MU INI KAN PULANG NANTI
TAPI KUIH RAYA BELUM BELI LAGI...